Heyhooo Guys~v(^.^)v welcome to my LOVE,LIVE,NATURE STORY pages..~hi i'm Yana....peace~hurm ..i hope u guys enjoy it la by reading my owesome pages hee~(POYO JE KAU NI YANA)oh ~♥and...btw hehehe! come on la korang...let's joined my pages and be my follower...thank you "THE END"

Sunday 6 November 2011

menghayati makna korban






hari raya aidilfitri sudah berlalu kini tiba pula hari raya aidiladha

assalamualaikum...~:D

hey..hurmm...dah lame jugak aku tak menulis blog ni kan,,
bukan ape..
aku kering idea kot nak menulis..tatau nak cite sal ape~
 tapi hari ni aku rase banyak jugak la cerita yg aku nak kongsikan dalam blog ni..
tittle kite harini ialah 

  "MENGHAYATI MAKNA KORBAN"

cakap sal korban...korang tahu tak makne korban?,ish~ mesti la korang tau kan..dari form1 lg belaja pendidikan islam kan..
okey cakap sal menghayati..korang tau tak umat islam dan negara kite ni and diseluruh dunie,semua menyambut hari raya korban. inilah peristiwe besar yang melambangkan sejarah agama tauhid,pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. tu semua amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. tao.

Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?

Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata pada hari raya korban, tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja buatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.

Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. Menghayatikahku erti pengorbanan?

..



No comments:

Post a Comment